Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Dua maut dalam pertempuran bantahan di Papua

    JAYAPURA, INDONESIA, 15 MAC – Sekurang-kurangnya dua pembantah terbunuh dan beberapa orang yang lain cedera di rantau Papua, Indonesia yang bergolak, hari ini, apabila tunjuk perasaan terhadap reformasi pentadbiran yang dirancang bertukar ganas, polis berkata.

    Para pembantah berkata, Jakarta tidak memasukkan rakyat Papua dalam pelan-pelan untuk membentuk wilayah-wilayah baharu di rantau itu dan bimbang reformasi itu akan digunakan sebagai helah untuk mengetatkan kawalan kerajaan terhadap kawasan tersebut.

    Bantahan-bantahan muncul di seluruh Papua dan malah di ibu negara Jakarta.

    Satu perhimpunan yang dihadiri oleh beratus-ratus orang di daerah terpencil Yahukimo pagi hari ini bermula aman tetapi bertukar ganas apabila para pembantah mula menyerang kedai-kedai dekat pejabat-pejabat kerajaan dan membakar bangunan-bangunan, polis berkata.

    “Dua orang terbunuh dan beberapa pegawai cedera dalam pertempuran antara pembantah dan pihak berkuasa,” ketua polis Papua, Mathius Fakhiri memberitahu satu sidang media di Jayapura, ibu negara rantau itu, hari ini.

    Polis sedang menyiasat keganasan itu, tambahnya, berkata bahawa lebih banyak pasukan keselamatan akan dikerahkan ke Yahukimo sebagai respons. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...