Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Dua maut dalam runtuhan bangunan

    BEIJING, 3 MEI – Sekurang-kurangnya dua mangsa ditemui mati di bawah bangunan yang runtuh di tengah China, menurut agensi berita Xinhua hari ini, memasuki hari keempat operasi menyelamat bagi mencari puluhan yang masih hilang.

    Bangunan komersial di bandar Changsha, wilayah Hunan – yang menempatkan rumah apartmen, sebuah hotel dan panggung wayang – runtuh pada Jumaat, mencetuskan usaha menyelamat besar-besaran dilakukan oleh ratusan petugas kecemasan.

    “Sembilan orang telah dikeluarkan, dan dua lagi meninggal dunia,” menurut Xinhua hari ini, tanpa memberikan butiran sama ada mangsa yang terkorban adalah antara yang dikeluarkan daripada runtuhan.

    Pada awal pagi, petugas kecemasan berjaya mengeluarkan seorang wanita yang masih hidup daripada runtuhan, menurut media negara, menggelarnya sebagai satu ‘keajaiban’.

    Mangsa terselamat itu adalah individu kesembilan dikeluarkan daripada runtuhan dalam masa empat hari, dan penyiar negara, CCTV menunjukkan video seorang lelaki ditutup dengan selimut tebal dibawa keluar menggunakan usungan.

    Anggota penyelamat mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan di Changsha. –AP

    “Berharap lebih banyak keajaiban,” tulis CCTV dalam laman media sosialnya.

    Akhbar People’s Daily berkata wanita itu dalam keadaan sedar dan dapat bercakap dengan anggota penyelamat menerusi lubang kecil sebelum diselamatkan, menambah dia ‘berada dalam keadaan stabil’.

    Runtuhan bangunan mengakibatkan lubang besar di kawasan penuh dengan bangunan tinggi di Changsha.

    Pada hujung minggu, media negara menunjukkan anggota bomba menggunakan jentera berat cuba memotong besi dan konkrit.

    Sekurang-kurangnya 14 orang dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan sementara 39 lagi masih hilang.

    Sembilan orang – termasuk pemilik bangunan dan pasukan penyiasat keselamatan – telah ditahan berhubung dengan kemalangan itu, menurut polis Changsha.

    Presiden Xi Jinping menggesa usaha mencari ‘tidak kira apa cara sekali pun’ dan mengarahkan siasatan teliti punca runtuhan, menurut laporan media negara. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...