Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Dua maut dalam serangan nekad di bandung

    BANDUNG, 7 DIS – Seorang pengebom nekad membunuh dua orang anggota polis dan mencederakan 10 lainnya dalam serangan di balai polis di bandar Bandung, Indonesia, hari ini.

    Polis mengenal pasti penyerang sebagai Agus Sujatno, 34, yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pro IS, Jemaah Ansharut Daulah (JAD) dan sebelum ini pernah dipenjara selama empat tahun di penjara keselamatan maksimum kerana terlibat dalam pengeboman pada 2017.

    “Ujian cap jari dan pengecaman wajah mendapati si pelaku sebagai Agus Sujatno, atau dikenali sebagai Abu Muslim,” kata ketua polis kebangsaan, Listyo Sigit semasa sidang media di Bandung, ibu kota wilayah Jawa Barat.

    Dia dibebaskan pada September 2021 selepas menjalani hukumannya atas pengeboman sebelum ini di Bandung, tambah Sigit.

    Pengeboman tersebut berlaku kira-kira 8 pagi di pejabat polis Astana Anyar di Bandung.

    Seorang anggota polis mengarahkan orang ramai untuk berundur ketika mengawal laluan yang menghala ke balai polis di mana kejadian letupan berlaku di Bandung, Jawa Barat, Indonesia kelmarin. – AP

    “Apabila pegawai kami sedang membuat pemeriksaan nama, seorang lelaki cuba memasuki pejabat secara paksa namun dihalang oleh para pegawai,” kata ketua polis Jawa Barat, Suntana.

    “Pelaku berkeras untuk menghampiri pegawai-pegawai sambil memegang pisau dan tiba-tiba letupan berlaku,” dia memberitahu wartawan.

    Seorang saksi yang berada berhampiran balai polis berkata dia mendengar bunyi letupan kuat.

    “Saya mendengar bunyi letupan yang sangat kuat dan kemudian melihat ke arah pejabat polis. Saya melihat asap tebal berkepul-kepul,” kata Didin Khaerudin, yang menjalankan perusahaan toko berhampiran, kepada AFP, dan menambah polis mengarahkan kedai-kedai agar ditutup selepas letupan.

    Bom kedua kemudian ditemui di kawasan berhampiran dan berjaya dimatikan oleh skuad bom polis, kata Suntana.

    Seorang awam yang melintasi kawasan itu antara yang mengalami kecederaan, di mana kebanyakan mereka dihentam oleh serpihan kaca dan puing, kata Suntana. – AFP/Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...