Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Dua maut disambar petir dekat Rumah Putih

    WASHINGTON, 5 OGOS – Dua orang terbunuh dan dua lagi cedera parah hari ini selepas petir menyambar berhampiran Rumah Putih pada malam sebelumnya, kata polis di ibu negara Amerika Syarikat (AS).

    Kilat menyambar Lafayette Square, sebuah taman kecil berhadapan Rumah Putih, sejurus sebelum 7 malam semalam, meninggalkan dua lelaki dan dua wanita dengan ‘kecederaan amat kritikal,’ menurut satu kenyataan daripada jabatan bomba dan kecemasan Washington.

    Kesemua mangsa dibawa ke hospital tempatan, namun pada pagi ini Polis Metropolitan mengesahkan dua di antara mereka – Donna Mueller, 75 tahun dan James Mueller, 76, kedua-duanya berasal dari Janesvile di Wisconsin – telah disahkan mati. –AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...