Dua maut ditembak dalam nahas jalan raya

HELSINKI, 7 JUN – Seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan jalan raya melepaskan tembakan ketika dia melarikan diri dari tempat kejadian di barat daya Estonia, membunuh dua orang dan mencederakan sekurang-kurangnya tiga yang lain, termasuk dua kanak-kanak, kata polis hari ini.

Suspek berusia 32 tahun itu ditahan pada awal hari ini selepas operasi polis dilancarkan berhampiran bandar kecil Lihula, berdekatan tempat di mana kemalangan berlaku, kata polis dalam satu kenyataan.

Pendakwa berkata dia akan berdepan dakwaan membunuh.

Menurut polis, seorang penunggang motosikal di stesen minyak telah menyaksikan kereta suspek berlanggar dengan dua kereta lain dan mendapati dia sedang melarikan diri dari tempat kejadian. Penunggang motosikal itu seterusnya mengejar kereta di lebuh raya dan suspek menembaknya. Polis berkata penunggang mati akibat luka tembakan. – AP