Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Tambunan

KOTA KINABALU, 21 JUN – Dua wanita maut manakala dua lelaki cedera parah dalam satu kemalangan di Kilometer 4, Jalan Tambunan-Kota Kinabalu, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Shahrudin Mat Husain berkata dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, empat mangsa tersebut bergerak dari arah Kampung Minodung menuju ke Kampung Kaingaran, Tambunan menaiki kereta Proton Wira.

Shahrudin berkata pemandu dan seorang lagi penumpang di bahagian belakang iaitu seorang remaja lelaki cedera parah.

Menurutnya, semua mangsa dibawa ke Hospital Tambunan. – Bernama