Tuesday, December 5, 2023
23.1 C
Brunei

    -

    Dua maut helikopter perubatan terhempas

    ELBA, NEW YORK, 27 APRIL – Seorang juruterbang helikopter perubatan dan pengajar penerbangan terbunuh dalam nahas semalam semasa latihan penerbangan di barat New York, menurut polis dan syarikat pengangkutan.

    Helikopter Mercy Flight terhempas pada pukul 1 petang berhampiran bandar Elba Genesee County, yang terletak di antara Buffalo dan Rochester, kata Mejar Eugene Staniszewski pada sidang media.

    Tidak ada pesakit dalam helikopter itu, menurut pihak berkuasa. Mercy Flight berkata punca kemalangan belum disahkan, dan nahas berlaku semasa latihan tahunan kilang Helikopter Bell.

    Mercy Flight mengenal pasti juruterbang sebagai James Sauer, juruterbang polis New York bersara. Pengajar penerbangan, yang bekerja untuk pengeluar helikopter, dikenal pasti oleh polis sebagai Stewart Dietrick, dari Texas.

    Gambar dari laman web The Daily News di Batavia menunjukkan asap berkepul-kepul naik daripada bangkai helikopter di sebuah ladang.

    Staniszewski, dari polis negeri, berkata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional akan menyiasat punca kemalangan. Cuaca dipercayai bukan menyumbang kepada nahas. – AP

    Kakitangan kecemasan bekerja di tapak helikopter jatuh terhempas di Elba, New York pada 26 April 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    India setuju tarik balik tentera dari Maldives

    NEW DELHI, 4 DIS – India telah bersetuju untuk menarik balik tenteranya dari Maldives, kata presiden kepulauan strategik itu, memenuhi janji yang dibuatnya menjelang...