Dua maut insiden berbalas tembakan di Pattani

PATTANI, 21 JUN – Dua lelaki yang disyaki anggota pemberontak maut dalam satu insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di Pattani, selatan Thailand hari ini.

Komander Pasukan Petugas Pattani (Commander of the Pattani Task Force) Mej Jen Komkrit Rattanachaya berkata bertindak atas maklumat, pasukan keselamatan mendapat tahu dua pemberontak bersembunyi di sebuah bilik di sebuah pusat peranginan di Daerah Yaring, Pattani.

“Beberapa siri berbalas tembakan antara kedua-dua suspek dan pasukan keselamatan berlaku sehingga pagi dari kawasan itu dan apabila reda, mendapati dua suspek maut,” tambahnya. – Bernama