Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua maut letupan di Filipina

    MANILA, 7 Mei – Polis Filipina percaya seorang ulama Syiah berkemungkinan menjadi sasaran letupan yang membunuh dua orang di Manila, kata seorang pegawai pada Ahad, menolak penglibatan kumpulan Islamic State (IS).

    Enam yang lain cedera apabila dua letupan menggegarkan pejabat imam, Nasser Abinal, di daerah Quiapo yang sibuk di ibu negara itu, Sabtu lalu.

    Oscar Albayalde, ketua pasukan polis di ibu negara, berkata bom itu kelihatan menyasarkan Abinal yang juga pegawai cukai kerajaan bagi rantau Manila.

    Dia tidak berada di pejabat pada masa itu.

    “Beliau mengakui terdapat ancaman yang diterimanya ketika satu masa dahulu ketika sedang disoal siasat oleh polis, Albayalde memberitahu kepada AFP. Bom itu dibawa di dalam kandungan pakej bersama seorang lelaki dan kemudian diserahkannya kepada seorang pembantu Abinal sebelum ia meletup, membunuh kedua-duanya.

    Seorang mangsa letupan bom maut di Quiapo, Manila pada 7 Mei 2017. Dua letupan di ibu negara Filipina pada malam Sabtu membunuh sekurang-kurangnya dua orang dan mencederakan empat yang lain, menurut polis dan saksi. – AFP
    Seorang mangsa letupan bom maut di Quiapo, Manila pada 7 Mei 2017. Dua letupan di ibu negara Filipina pada malam Sabtu membunuh sekurang-kurangnya dua orang dan mencederakan empat yang lain, menurut polis dan saksi. – AFP

    Ketika polis mencari lokasi letupan lewat Sabtu, satu lagi letupan menggegarkan kawasan itu, mungkin dari bom kedua yang ditanam sebelum ini, kata Albayalde.

    “Ini tiada kaitan dengan keganasan. Tidak ada tanda bahawa ini telah dilakukan oleh kumpulan pengganas, tempatan atau asing,” katanya.

    Kumpulan Islamic State telah mendakwa ia melakukan letupan tersebut.

    “Lima Syiah terbunuh dan enam yang lain cedera dalam satu letupan bom oleh pejuang IS di pusat Manila,” kata satu kenyataan dari Amaq. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda