Dua maut mogok di Venezuela

CARACAS, 21 Julai – Dua orang terbunuh dalam pertempuran semalam di Venezuela ketika mogok di seluruh negara ke atas pelan Presiden Nicolas Maduro untuk menggubal semula perlembagaan negara.

Mogok 24 jam semalam menjejas kawasan ibu negara dna rantau lain, termasuk bandar kedua terbesar negara Maracaibo, dengan perniagaan ditutup, pengangkutan awam terhenti dan jalan lengang.

Polis rusuhan dan tentera menembak gas pemedih mata pada pembantah, yang menyekat jalan dengan serpihan di sebahagian kawasan Caracas dan membakar pondok polis. Sekatan jalan diteruskan semalaman.

Pendakwa berkata seorang lelaki berusia 24 tahun terbunuh di pinggir bandar Caracas dan seorang lelaki berusia 23 tahun terbunuh di bandar Valencia. Mereka tidak berkata siapa yang bertanggungjawab atas kematian tersebut.

Ini membawa kepada 99 angka kematian dalam bantahan anti-kerajaan sejak April.

Penunjuk perasaan bertembung dengan polis semasa protes anti-kerajaan di Caracas, pada 20 Julai 2017. Dua orang terbunuh dalam pertempuran di Venezuela ketika mogok di seluruh negara ke atas pelan Presiden Nicolas Maduro untuk menggubal semula perlembagaan negara. – AFP
Penunjuk perasaan bertembung dengan polis semasa protes anti-kerajaan di Caracas, pada 20 Julai 2017. Dua orang terbunuh dalam pertempuran di Venezuela ketika mogok di seluruh negara ke atas pelan Presiden Nicolas Maduro untuk menggubal semula perlembagaan negara. – AFP

“Saya berharap mogok ini tidak terhad sehingga pemerintahan diktator ini berakhir,” kata Coromoto Garcia, 48, yang berada di sebatang jalan yang disekat oleh pembantah di timur Caracas. Pembantah juga melontar batu pada pekerja dengan televisyen VTV, yang diselamatkan oleh polis rusuhan.

Hampir 370 pembantah ditahan di Caracas dan empat negeri lain, lapor Foro Penal NGO.

“Adalah tidak penting kehilangan kerja sehari jika kami kehilangan negara,” kata seorang pemogok, pemilik sebuah firma pembinaan kecil di Caracas yang hanya memberikan nama pertamanya, Omar.

“Saya menyertai mogok untuk menyelamat saki-saki yang tinggal untuk kami, untuk menambah tekanan ke atas Maduro,” katanya. – AFP