Thursday, February 20, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua maut, motosikal bertembung dengan kereta

    TAMBUNAN, 9 April – Dua sahabat maut apabila motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Alza di Kilometer 6, Simpang Kampung Kiayawan, dekat sini awal pagi tadi.

    Ketua Polis Daerah Keningau DSP Ahmad Jawila berkata dalam kejadian jam 2:21 pagi, mangsa lelaki masing-masing berumur 20 dan 21 tahun itu maut di tempat kejadian.

    Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal dinaiki dua sahabat itu hilang kawalan selepas secara tiba-tiba masuk ke laluan kereta Perodua Alza yang datang dari arah bertentangan, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

    “Kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Tambunan untuk dibedah siasat, manakala motosikal dan kereta terbabit dibawa ke Balai Polis Tambunan untuk tindakan lanjut,” katanya.

    Menurut Ahmad Jawila, pemandu dan penumpang Perodua Alza berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda