Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua maut, motosikal bertembung lori

    KUCHING, 28 Mei – Dua maut apabila motosikal yang ditunggangi mereka bertembung dengan sebuah lori satu tan di Jalan Kampung Gedong, Serian di sini, hari ini.

    Mangsa lelaki dikenali sebagai Simon Pulin, 41, manakala mangsa wanita dikenali sebagai Jolia Asoi, 39, menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Serian.

    Mereka disahkan maut di tempat kejadian.

    Menurut kenyataan itu, sejurus pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10:28 pagi, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Serian diarah ke lokasi kejadian.

    “Setibanya di lokasi, pihak bomba mendapati motosikal yang ditunggangi mangsa masih terbakar manakala penunggang dan pemboncengnya telah tercampak ke tepi jalan.

    “Pemandu dan kelindan lori tidak cedera,” kata kenyataan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda