Dua maut pesawat ringan terhempas

ATHENS, 14 SEPT – Sebuah pesawat ringan terhempas di perairan pulau Samos, Greece di Laut Aegean semalam menyebabkan dua penumpang maut, lapor Xinhua memetik Agensi Berita AMNA.

Kedua-dua mayat ditemukan Pengawal Pantai tempatan.

Pesawat Cessna 172 itu dalam perjalanan menuju ke Samos dari Israel sebelum terhempas.

Punca nahas masih disiasat. – Bernama