Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Dua maut, ribuan penduduk tanpa bekalan air dan elektrik

    TOKYO, 25 SEPT – Ribuan penduduk tanpa bekalan air dan elektrik di bahagian tengah Jepun hari ini selepas Taufan Talas membawa hujan paling lebat pernah direkodkan di kawasan tersebut, menyebabkan banjir dan tanah susur, dan mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang.

    Mayat seorang lelaki di bandar Kakegawa, wilayah Shizuoka, telah dikeluarkan daripada runtuhan rumahnya kelmarin selepas tanah runtuh memusnahkannya, menurut pegawai pengurusan bencana wilayah itu kepada AFP.

    “Seorang lagi mangsa lelaki (di bandar Fukuroi) dalam perjalanan ke rumahnya (kelmarin) apabila paras air meningkat dan kenderaannya terhenti. Ketika dia cuba berjalan ke rumahnya, dia dipercayai terkorban,” tambah pegawai.

    Taufan Talas membadai bahagian tengah Jepun pada Jumaat dan kelmarin ketika ia melintasi luar pantai Pasifik, menurunkan hujan lebih 16 inci dalam tempoh 24 jam di Shizuoka, menurut Agensi Meteorologi Jepun.

    Hujan lebat akibat ribut menyebabkan kejadian tanah susur, termasuk di kawasan pergunungan terpencil Shizuoka, mengakibatkan beberapa tiang elektrik tumbang dan terputus, sehingga menyebabkan lebih 120,000 orang isi rumah tanpa bekalan elektrik kelmarin.

    Setakat petang hari ini, 2,910 orang isi rumah di Shizuoka dan wilayah berjiran di Gifu masih tanpa bekalan elektrik, menurut kemudahan Tenaga Elektrik Chubu.

    “Kru pembaik pulih tidak dapat mencapai ke tempat-tempat berkenaan disebabkan oleh jalan raya yang terhalang akibat tanah susur, kami akan membuat perkembangan sementara menilai keadaan tanah susur,” menurut kenyataan kemudahan itu.

    Kira-kira 55,000 isi rumah di Shizuoka tanpa bekalan air selepas runtuhan menghalang air masuk. – AFP

    Seorang petugas meletakkan penghadang di kawasan yang terjejas akibat tanah susur di wilayah Shizuoka, Jepun 24 September lalu. Ribuan penduduk tanpa bekalan air dan elektrik di Shizuola selepas Taufan Talas membawa hujan paling lebat pernah direkodkan di kawasan tersebut. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...