Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Dua maut, sembilan cedera dalam letupan bom

    YANGON, 13 JULAI – Satu kejadian letupan bom berlaku berhampiran sebuah pusat membeli-belah di hab komersial Myanmar di Yangon dan mengorbankan dua orang serta mencederakan 11 yang lain, menurut kenyataan pasukan penyelamat dan media tempatan hari ini.

    Tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas letupan itu setakat ini, yang berlaku pada petang kelmarin, ketika cuti awam bersempena perayaan Buddha.

    “Apabila kami tiba di tempat kejadian, mangsa yang mengalami kecederaan berada di mana-mana dan darah dapat dilihat di tepi jalan,” kata seorang anggota penyelamat kepada AFP.

    “Menurut maklumat yang kami kumpul, seramai 11 orang mengalami kecederaan dan dua lagi terkorban,” tambahnya, yang namanya enggan didedahkan.

    Myanmar berada dalam pergolakan sejak rampasan kuasa tentera tahun lalu, dengan ‘People’s Defence Forces’ (PDF) menyasarkan anggota tentera dan pegawai atau pertubuhan yang dianggap bersekongkol dengan junta.

    Media tempatan melaporkan bahawa dua yang terbunuh meninggal dunia di hospital.

    Sebuah lagi pasukan penyelamat berkata mereka telah membawa enam orang mangsa yang tidak mengalami cedera serius ke hospital. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...