Oleh Normazlina M.D
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Okt – Pasukan Polis Diraja Brunei menemui dua mayat berasingan selepas seorang tahanan polis memberikan maklumat mengenai perkara itu yang disiasat pihak polis. Penemuan pertama ialah mayat wanita warga emas di kawasan lebuh raya Bukit Panggal, Tutong manakala satu lagi mayat wanita ditemui di Kampung Dadap, Kilanas.
Polis dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, bagaimanapun mengatakan kes tersebut masih lagi dalam siasatan dan meminta mana-mana saksi yang melihat kejadian berkenaan tampil membuat laporan di balai-balai polis berhampiran
Polis juga mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian tersebut.