Dua menang baucar membeli-belah

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 NOV – NBT (B) Sdn Bhd hari ini, telah mengadakan cabutan untuk Promosi ‘Sure Win’ buat kali ketiga bagi seramai 85 pelanggannya yang membeli mana-mana kenderaan modal Toyota dari 21 sehingga 30 Oktober 2019.

Daripada jumlah itu, dua orang iaitu Dayang Mainisah binti Haji Awang dan Chew Mei Chen berjaya memilih sampul yang mengandungi baucar membeli-belah bernilai $1,000.

Pelanggan yang membeli mana-mana kenderaan modal Toyota sehingga akhir November 2019 masih lagi layak menyertai promosi berkenaan sebagai tanda penghargaan NBT kepada pelanggannya yang memberi sokongan berterusan dalam menjadikan Toyota sebagai jenama pilihan nombor satu mereka. Promosi menawarkan hadiah baucar membeli-belah bernilai $2,000, $1,000, $500 dan $100 selain baucar petrol bernilai $50 dan $30.

Gambar ramai pelanggan NBT yang menerima hadiah pada majlis tersebut.