Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Dua meninggal semasa beli minyak

    COLOMBO, 20 MAC – Dua orang di Sri Lanka meninggal dunia semasa menunggu giliran dalam barisan panjang untuk mengisi minyak, kata para pegawai hari ini, ketika kekurangan meluas menyebabkan kesengsaraan dan kegetiran di seluruh negara itu.

    Sri Lanka bergelut krisis ekonomi terburuk dalam sejarahnya dengan kekurangan bursa saham asing untuk membeli import penting telah mengecutkan bekalan penting.

    Pemandu terpaksa menunggu berjam-jam di luar stesen gas untuk mengisi petrol dan kerajaan mengenakan catuan elektrik ketika utiliti tenaga tidak dapat membayar minyak luar negeri untuk memenuhi permintaan.

    Polis berkata lelaki berusia 70 tahun yang berdiri dalam barisan panjang untuk membeli gasolin telah pengsan dan meninggal dunia di stesen minyak pinggir bandar Colombo hari ini.

    Ia adalah kematian kedua selepas seorang lagi lelaki warga emas pengsan semasa menunggu minyak kerosin untuk digunakan sebagai minyak masak, kata polis.

    Laporan media tempatan berkata beberapa wanita berdiri semasa cuaca panas terik untuk membeli gas memasak telah pengsan di beberapa buah lokasi di seluruh pulau itu pada hujung minggu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...