Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Dua negara bincang lanjutan pinjaman

    ISLAMABAD, 1 MEI – Pakistan dan Arab Saudi hari ini berkata mereka akan membincangkan lanjutan tempoh pinjaman sebanyak AS$3 bilion untuk membantu ekonomi goyah Islamabad.

    Negara teluk itu sudah lama menjadi rakan risikan Pakistan serta satu sumber bantuan kewangan tetap bagi kerajaan berikutnya.

    Tanda sokongan terbaharu itu disusuli satu lawatan Perdana Menteri Shahbaz Sharif ke Arab Saudi yang telah mewarisi hutang negara, inflasi semakin teruk dan rupee lemah.

    Satu kenyataan bersama berkata kerajaan akan terus menyokong ekonomi Pakistan dan telah membincangkan ‘menambah deposit AS$3 bilion bersama bank pusat menerusi tempoh pelanjutan atau sebaliknya’.

    Arab Saudi juga menjamin ‘untuk menambah kewangan bagi produk petroleum’ pada ketika negara Asia Selatan itu mengalami gangguan bekalan elektrik yang sentiasa berlaku.

    Kenyataan itu muncul selepas rundingan baru-baru ini antara Pakistan dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berhubung pengeluaran dana di bawah program bantuan sedia ada berjumlah AS$6 bilion yang tertangguh berkaitan langkah reformasi.

    Rizab pertukaran asing negara itu menjunam di bawah AS$11 bilion bulan lalu.

    “Bantuan kewangan kecil yang kami dapat daripada mana-mana negara akan membantu keadaan ekonomi kami,” kata veteran ekonomi, Dr Kaiser Bengali kepada AFP.

    “Namun berapa lama kita akan dapat menjalankan ekonomi kita dengan bergantung pada pinjaman? Dasar ini tidak akan berjaya walaupun lima tahun akan datang,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...