Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Dua pasangan beregu campuran M’sia tewas pusingan pertama

    KUALA LUMPUR, 8 MAC – Dua pasangan beregu campuran profesional Malaysia, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie dan Ong Yew Sin-Goh Liu Ying terkeluar daripada pusingan pembukaan Terbuka Jerman 2022, hari ini.

    Pada perlawanan berlangsung di Westenergie Sporthalle, Muelheim An Der Ruhr, pasangan pilihan kelapan itu yang menang set pertama 21-14 terhadap pasangan bukan pilihan, Callm Hemming-Jessica Pugh dari England sebelum tewas dua set berikutnya.

    Pasangan ke-48 dunia itu berjaya mengatasi Soon Huat-Shevon yang menduduki tangga ke-13 terbaik dunia, 21-13 pada set kedua diikuti kemenangan 21-12 pada set penentuan dan seterusnya akan bertemu Adam Hall-Julie Macpherson dari Scotland, pada pusingan berikutnya.

    Adam-Julie pula layak selepas mengalahkan pasangan Yew Sin-Lui Ying yang beraksi buat pertama kali selepas mengumumkan bermain sebagai satu pasangan Januari lepas.

    Pasangan Scotland itu hanya memerlukan 26 minit untuk mengetepikan Yew Sin-Liu Ying, 21-16, 21-13. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...