Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Dua pegawai aeroangkasa Iran terkorban

    TEHRAN, 13 JUN – Dua pegawai aeroangkasa Iran ‘meninggal dunia semasa dalam misi’ dalam insiden berasingan di negara itu, kata angkatan bersenjata hari ini.

    Ali Kamani, anggota bahagian aeroangkasa Revolutionary Guards ‘mati syahid’ di Khomein di tengah wilayah Markazi kelmarin, kata agensi berita Fars memetik kenyataan Guards.

    Di tempat lain, “Mohammad Abdoos, seorang pekerja di Kementerian Pertahanan dan Logistik Angkatan Bersenjata, terkorban pada malam kelmarin semasa satu misi’ di utara wilayah Semnan, kata kementerian dalam satu kenyataan.

    Fars sebelumnya berkata Abdoos, 33, juga bekerja dalam bidang aeroangkasa – di mana Iran menghasilkan peralatan dari pesawat udara tentera hingga peluru berpandu dan dron. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...