Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Dua pegawai DHSB berlepas ke Arab Saudi

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JUN – Bagi memastikan persediaan awal bakal jemaah haji berjalan dengan lancar dan teratur di tanah suci sekali gus bagi mengalu-alukan ketibaan jemaah haji di bawah pakej Darussalam Holdings Sdn Bhd (DHSB), dua orang pegawai haji dari syarikat berkenaan telah berlepas ke Arab Saudi, hari ini.

    Dua pegawai berkenaan terdiri daripada Pengarah Urusan DHSB, Haji Mahmud bin Haji Mohamed dan Penolong Pengurus Besar, Jabatan Haji dan Umrah Darussalam, DHSB, Pengiran Haji Ibarahim bin Pengiran Haji Bakar.

    Turut hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Timbalan Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, Haji Osman bin Haji Mohd Jair dan Penolong Pengarah Urusan DHSB, Pengiran Hajah Noraini binti Pengiran Haji Sablon.

    Haji Mahmud dalam kenyataan yang dikeluarkan menjelaskan bahawa penerbangan awal berkenaan bertujuan untuk mengadakan beberapa siri mesyuarat dengan pelbagai pihak bagi memastikan semua perancangan mengenai logistik seperti hotel, pengangkutan dan penyusunan bilik dan makanan berjalan dengan lancarnya.

    Pada musim haji tahun ini, seramai 352 orang bakal jemaah haji menggunakan DHSB sebagai pengendali mereka, daripada kuota 453 yang ditetapkan bagi Negara Brunei Darussalam dengan 10 orang pegawai dari syarikat itu bakal mengiringi mereka.

    Negara Brunei Darussalam menyediakan dua penerbangan khas untuk membawa jemaah haji ke Arab Saudi dengan penerbangan pertama dijangka berlepas ke Madinah pada 15 Jun, manakala penerbangan kedua akan berlepas pada 16 Jun.

    Haji Mahmud (dua dari kanan) dan Pengiran Haji Ibarahim (hujung kiri) bergambar bersama Timbalan Pengarah Urusan Perbadanan TAIB dan Penolong Pengarah Urusan DHSB sebelum penerbangan. – Gambar serahan DHSB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...