Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Dua pegawai DSSB berlepas ke Arab Saudi

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MEI – Dua pegawai petugas haji Darussalam Services Sdn Bhd (DSSB) berlepas ke Arab Saudi bagi membuat persiapan awal sebelum ketibaan jemaah haji di bawah pakej DSSB.

    Rombongan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, hari ini, diketuai oleh Pengarah Urusan, Haji Mahmud bin Haji Mohamed bersama Pengurus Stesen Minyak TAIB Cawangan Beribi, Haji Mohd Faisal bin Haji Apong.

    Dalam temu bual ringkas bersama Media Permata, Haji Mahmud menyatakan tahun ini seramai 746 orang jemaah mengikuti tiga pakej haji yang ditawarkan oleh DSSB.

    Menurutnya, tujuan utama mereka berlepas dahulu ke Arab Saudi adalah untuk membuat persiapan khususnya dari segi penginapan dan juga logistik dengan mengadakan perjumpaan dengan pihak-pihak hotel mengenai tempahan bilik-bilik bagi memastikan semua tempahan bilik teratur.

    Mereka juga akan mengadakan beberapa siri mesyuarat dan perbincangan dengan pelbagai pihak bagi memastikan semua pengurusan berjalan sepertimana perancangan termasuklah hotel penginapan dan kenderaan serta perkhidmatan yang akan bakal diberikan kepada para jemaah haji.

    Daripada jumlah 1,000 kuota haji yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi untuk rakyat Brunei, seramai 746 jemaah haji telah mengikuti tiga pakej haji DSSB iaitu pakej Delima, Safira dan Zamrud dan mereka akan diiringi oleh seramai 16 orang pegawai petugas haji DSSB semasa di tanah suci.

    Rombongan jemaah haji penerbangan pertama akan berlepas dari Bandar Seri Begawan ke Kota Madinah pada 4 Jun nanti, manakala penerbangan kedua pada 5 Jun, diikuti penerbangan ketiga dan keempat pada 6 dan 7 Jun.

    Penghantaran awal bagasi akan dibuat sehari sebelum tarikh berlepas bermula pukul 12 tengah hari hingga pukul 3 petang.

    Penyerahan pasport dan cenderahati akan diserahkan setelah urusan proses visa selesai manakala cenderahati bagasi akan diagihkan pada 31 Mei di kawasan letak kereta Stadium Tertutup, Berakas.

    Haji Mahmud dan Haji Mohd Faisal berlepas ke Arab Saudi bagi membuat persiapan awal sebelum ketibaan jemaah haji di bawah pakej DSSB.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...