Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua pegawai pendakwaan diberi notis penggantungan

    PRETORIA, 2 Ogos – Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa, telah memberi tempoh sehingga Jumaat depan kepada dua pegawai kanan Pihak Berkuasa Pendakwaan Kebangsaan (NPA) untuk memberi alasan mengapa mereka tidak boleh digantung tugas sementara menunggu siasatan.

    Ramaphosa telah memaklumkan hasratnya untuk memulakan siasatan berhubung kelayakan mereka memegang jawatan masing-masing kepada kedua-dua pegawai terbabit.

    Mereka ialah Timbalan Pengarah Pendakwaan Awam Kebangsaan, Nomgcobo Jiba dan Pengarah Pendakwaan Awam Khas, Lawrence Mrwebi, yang telah dipecat pada 2016 susulan beberapa keputusan yang dibuat.

    Keputusan itu termasuk menggugurkan pertuduhan terhadap Ketua Risikan Jenayah Polis yang kini digantung tugas, Richard Mdluli, isu pita rakaman pengintipan berkaitan tindakan menggugurkan pertuduhan rasuah terhadap bekas Presiden Jacob Zuma dan kes Ketua Direktorat bagi Siasatan Jenayah Utama Wilayah yang kini digantung tugas, KwaZulu-Natal, yang juga dikenali sebagai Hawks, Johan Booysen, dalam isu dakwaan skuad kematian Cato Manor.

    Mrwebi dan Jiba telah dikembalikan ke jawatan masing-masing sebagai peguam bela pada Julai selepas Mahkamah Rayuan Agung mengekalkan keputusan rayuan mereka pada 2016 oleh Mahkamah Tinggi Pretoria.

    Keputusan presiden itu untuk memberikan notis penggantungan kepada kedua-dua pegawai terbabit dibuat ketika Mahkamah Perlembagaan dijangka memutuskan sama ada pelantikan Shawn Abrahams sebagai ketua NPA adalah sah. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda