Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Dua pekerja asing salah guna jawatan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JUN – Dua orang pekerja asing telah didapati melakukan pekerjaan yang bertentangan dengan jawatan sah mereka semasa Operasi Sejahtera 78/2022 yang dijalankan Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Buruh, baru-baru ini.

    Salah seorang pekerja berkenaan berjawatan pelayan tetapi diarahkan membuat pekerjaan jurujual manakala itu, seorang lagi merupakan buruh kedai diarahkan membuat pekerjaan memasak.

    Menurut kenyataan Jabatan Buruh, semasa operasi tersebut, pegawai penguat kuasa menjalankan pemeriksaan ke atas dua kegiatan iaitu gerai makanan dan restoran di Kampung Bengkurong Masin, Kampung Lambak, Kampung Lugu, dan Kampung Sengkurong.

    Hasil pemeriksaan berkenaan telah mendapati kesalahan di bawah Bab 112, Perintah Pekerjaan 2009, iaitu majikan menyalahgunakan jawatan pekerja asing yang mana ianya bertentangan dengan jawatan dalam Lesen Pekerja Asing yang dibenarkan oleh Pesuruhjaya Buruh. Jika sabit kesalahan majikan syarikat boleh dikenakan denda kompaun sebanyak $600 bagi kesalahan pertama dan $900 bagi kesalahan kedua.

    Sehubungan itu, Jabatan Buruh mengingatkan kepada majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Perintah Pekerjaan, 2009 seperti penyediaan kontrak pekerjaan dan pembayaran gaji tepat pada waktunya.

    Majikan juga dinasihatkan untuk tidak menyalahgunakan Lesen Pekerja Asing dan melanggar akta di bawah Perintah Pekerjaan 2009.

    Pegawai penguat kuasa semasa menjalankan pemeriksaan di salah satu lokasi baru-baru ini. – Gambar serahan Jabatan Buruh
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...