Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan SCHK
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MEI – Dua pelajar dari Sekolah Chung Hwa Kiudang berjaya memenangi tempat pertama dan ketiga dalam pertandingan lukisan yang dianjurkan oleh Kedutaan Republik Islam Iran di Negara Brunei Darussalam, baru-baru ini.
Penyampaian hadiah kepada Pengetua Sekolah Chung Hwa Kiudang, Loo Shee Yun yang menerima bagi pihak kedua-dua pelajar tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Misi, Kedutaan Republik Islam Iran, Afsaneh Ebrahimi.
Dalam pertandingan itu, Rachel Pong Xue Ting yang mendapat tempat pertama menerima hadiah wang tunai sebanyak $100, manakala Nathan Pong Zhen Yang telah memenangi hadiah wang tunai $50.
Pertandingan itu dibukakan bagi para pelajar berusia 4 hingga 12 tahun dari Iran dan Negara Brunei Darussalam dengan membawa tema lukisan COVID-19, Health, Family, Hope and Peace.

