Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Dua pelajar terima anugerah cemerlang

    Oleh Azlan Othman

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Dua pelajar dari Sekolah Seri Mulia Sarjana (SMS) yang mewakili Brunei telah menerima Top 10 Multi Talents Star Award dan Top 10 Artist Star Award dalam talian antarabangsa 2021 daripada Anugerah International Magical.

    Kedua-dua pelajar berkenaan, Chia Xuan Lei dan Isaac Tiong Eng Hoe bukan sahaja menyertai bagi pertandingan tempatan, malah menyertai banyak pertandingan antarabangsa International Online Top 10 Outstanding Multi Talents Star Award.

    Chia Xuan Lei telah menerima banyak penganugerahan sebelum ini seperti anugerah cemerlang dalam London Trinity – Communication Skill. Karya seninya juga dipilih dan dipamerkan dalam pameran lukisan Japan International Environmental Children dan menerima Honorable Mention dalam Anugerah International Section pada 2019.

    Beliau juga telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan menulis Esei Belia Antarabangsa yang dianjurkan oleh China pada 2019. Dalam pertandingan semasa Festival Kesenian Asia Pasifik mengenai Muzik dan Bakat, beliau telah mewakili Brunei.

    Dalam pusingan awal, beliau menerima Grand Award dan pada pusingan akhir menerima anugerah populariti dan gangsa.

    ATAS & BAWAH: Chia Xuan Lei dan Isaac Tiong Eng Hoe bergambar bersama trofi dan anugerah cemerlang yang dimenangi daripada International Magical.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...