Saturday, February 4, 2023
23.6 C
Brunei

-

Dua pelanggan bawa pulang tiket ke Korea S.

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Julai – Dua pelanggan bertuah di bawah Program Pelanggan Setia Kia 2017 muncul pemenang utama setelah masing-masing diumumkan sebagai pemenang tiket penerbangan pulang balik ke Korea Selatan selama lima hari yang diadakan di Pusat Perkhidmatan Kia, Lambak Kanan, Grand Motors Sdn Bhd.

Dayang Nurhamizah binti Abdullah dan Tan Chin Wan menewaskan 20 pesaing lain yang telah mara ke cabutan akhir pada 25 Julai baru-baru ini.

Hadir menyampaikan hadiah tiket berkenaan ialah Eksekutif Komersial Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM), Haji Zainie Suhaili dan Pengurus Besar Syarikat LUB Enterprise, Hendry Ang.

Dayang Nurhamizah dan Tan Chin Wan selaku pemenang hadiah utama berupa tiket penerbangan ke Korea Selatan.
Dayang Nurhamizah dan Tan Chin Wan selaku pemenang hadiah utama berupa tiket penerbangan ke Korea Selatan.

Dayang Nurhamizah yang memiliki kereta Kia Sportage ketika ditemui menjelaskan bahawa dia tidak menyangka untuk me-menangi cabutan bertuah itu, lebih-lebih lagi itu merupakan penyertaan pertamanya.

Menurutnya, hadiah itu akan diberikannya kepada kedua-dua ibu bapanya untuk merasakan percutian di Korea Selatan yang termasuk tempat penginapan dan mengikuti pengalaman lokasi pelancongan.

Selain itu, mereka juga akan turut dibawa melawat ke Loji Besi Hyundai dan Loji Hwaseong.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bekas Menteri dijatuhi hukuman penjara 2 tahun

SEOUL, KOREA SELATAN, 3 FEB - Mahkamah Korea Selatan hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada bekas Menteri Kehakiman, Cho Kuk, selepas dia...
- Advertisment -