Dua pelanggan menang tiket ke Tokyo

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Royal Skies dan Restoran Excapade, hari ini, telah mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada lapan pemenang kempen cabutan bertuah ‘Excapade to Tokyo’ yang berlangsung Plaza Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB).

Majlis menyaksikan Sharen Lai dan Awang Iwan Azriman bin Haji Abdul Jalil  masing-masing membawa pulang satu tiket penerbangan pergi balik ke Tokyo.

Sementara itu, enam yang lain menerima baucar makan Excapade bernilai $50 setiap seorang.

Mereka ialah Dayang Noorhajidah binti A Saban, Awang Khairul Zainal, Liew Foong Thay, Dayang Zuraidah binti Abdul Latip, Yong Siew Wen dan Dayang Faten Hanani binti Haji
Tahir.

Hadir mewakili RB pada majlis itu ialah Loyalty Controller, Dayang Aisah binti Haji Mirasan sementara itu, Excapade Japanese Cuisine diwakili oleh Pembantu Pengurus Pemasaran dan Hal Ehwal Awam, Dayang Wasimah Suhili.

Dayang Aisah dan Dayang Wasimah bergambar ramai bersama para pemenang.
– Gambar serahan RB