Dua pemain terbuka AS dikuarantin

NEW YORK, 20 OGOS – Dua pemain di Terbuka AS telah disingkirkan dari kejohanan ATP dan WTA Terbuka Barat dan Selatan dan dihantar ke pusat kuarantin setelah didapati bersentuhan dengan individu positif COVID-19.

Pegawai kejohanan mengumumkan langkah tersebut semalam, sehari setelah mengetahui keputusan awal tiada pemain yang telah disahkan positif virus.

Mereka yang disahkan positif diasingkan selama 10 hari tetapi pengesanan kontak menunjukkan dua pemain telah berhubungan rapat dengan individu positif tersebut.

Walaupun penganjur kejohanan tidak menamakan pemain, Guido Pella dari Argentina dan Hugo Dellien dari Bolivia, kedua-duanya menyiarkan video di Instagram dengan mengatakan bahawa mereka adalah pemain yang dimaksudkan.

Pella, pemain nombor ke-35 dunia mengatakan dia diketepikan setelah jurulatih peribadinya, Juan Manuel Galvan, disahkan positif virus tersebut.

“Juan Manuel Galvan disahkan positif dua hari yang lalu (Isnin),” kata Pella, sambil menambah bahawa jurulatihnya, Jose Acasuso, juga telah membuat kontak dengan Galvan.

“Dua ujian kami, Jose dan saya, kembali negatif, kami tidak mempunyai simptom jangkitan. Tetapi penganjur membawa saya keluar dari kejohanan.

“Sekarang protokol me-netapkan bahawa saya perlu menjalani ujian setiap dua hari.

“Tidak ada pilihan lain dan semoga dalam dua minggu akan berlalu dengan cepat dan saya boleh kembali di Terbuka AS.”

Pegawai kejohanan mengatakan bahawa tidak ada pemain yang tersisih yang mengalami gejala COVID-19.

Tetapi setelah mendapat keputusan dari pasukan perubatan Terbuka AS dan setelah berunding dengan Jabatan Kesihatan Kota New York, mereka dikeluarkan dari Terbuka Barat dan Selatan serta dikuarantin. – AFP

Dua pemain di Terbuka AS telah disingkirkan dari kejohanan ATP dan WTA dan dihantar ke pusat kuarantin setelah didapati mempunyai kontak dengan individu positif COVID-19. – AFP