Dua pemancing hilang ditemukan mati lemas

SIBU, 18 OGOS – Operasi pencarian dua orang pemancing yang hilang sejak Sabtu malam selepas perahu mereka karam di sungai di Long Aton, sebuah kawasan pedalaman di utara Sarawak, berakhir hari ini de-ngan penemuan mayat kedua mangsa kejadian itu pagi tadi, selepas mayat mangsa pertama ditemukan semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Khiruddin Drahman hari ini berkata mayat pertama, seorang remaja berumur 14 tahun dikenali sebagai Franky Setiawan Jena ditemukan kira-kira 4:30 petang semalam, sementara mayat kedua dikenal pasti sebagai Eduin Jala, 47, ditemukan pada 8:50 pagi tadi. – Bernama