Dua pencari kerja tertipu muka kena tatu

JAKARTA, 2008 – Dua pencari kerja terpedaya apabila muka mereka kena tatu oleh seorang yang menyamar menawarkan kerja dengan kerajaan, menurut laporan.

Ketua kampung Sawiyono – membantu dua lelaki berkenaan mencari kerja – mendakwa beliau menerima khidmat pesanan ringkas dari seorang pegawai kerajaan yang menawarkan mereka kerja sebagai pegawai perisikan, tapi berkata muka mereka perlu bertatu terlebih dahulu, lapor agensi berita Antara.

Sawiyono menyedari beliau tertipu selepas memeriksa dengan ketua daerah Bojonegoro di Jawa Utara yang memberitahu tidak ada tawaran sedemikian. Namun ketika itu sudah terlambat dan dua lelaki berkenaan sudah pun ditatu,kata laporan. “Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas kesilapan ini dan saya akan mencuba yang terbaik untuk membantu lelaki-lelaki ini menghilangkan tatu mereka,” ujar Sawiyono dipetik sebagai berkata.

Mangsa membuat laporan kepada polis dan mengusahakan rawatan di sebuah hospital tempatan.