Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua pendaki gunung maut

    GENEVA, 23 Julai – Dua pendaki gunung Jepun yang hilang pada hari Jumaat ditemui mati dalam satu kejadian ketika mereka mendaki Monch di tengah Switzerland, kata polis tempatan kelmarin.

    Mengikut maklumat yang dibuat oleh polis Bernese tempatan bahawa mereka adalah lelaki berusia 73 tahun dan seorang wanita berusia 55 tahun.

    Mereka maut ketika jatuh di kawasan puncak.

    Media tempatan melaporkan bahawa sebelum jatuh, mereka mendaki Monch pada hari Jumaat pagi dari pondok Monchsjoch, di laluan normal barat daya.

    Walaupun punca insiden tersebut masih belum diketahui, satu penyiasatan terhadapnya telah dilancarkan.

    Monch, terletak di sempadan antara kanton Valais dan Bern, merupakan sebuah gunung di Pegunungan Alpen Switzerland dan bersama dengan Eiger dan Jungfrau, ia membentuk satu kumpulan gunung yang sangat dikenali yang dapat dilihat dari jauh. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda