Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Dua penduduk Palestin maut di Tebing Barat

    RAMALLAH, 1 SEPT – Dua penduduk Palestin terbunuh awal hari ini dalam pertempuran berasingan dengan tentera Israel di Tebing Barat yang, kata kementerian kesihatan Palestin.

    Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, Samer Khaled, 25, dari kem Al-Ain di Nablus, mengalami luka tembakan di leher yang menyebabkannya maut, dan Yazan Afana, 26, dari kem Qalandia di luar Baitulmaqdis, meninggal dunia selepas ditembak di jantung.

    Agensi berita rasmi Palestin, Wafa berkata, Khaled terbunuh apabila tentera Israel menyerbu kem pelarian Balata berhampiran Nablus, di utara Tebing Barat. Manakala Afana terbunuh semasa operasi di Al-Bireh, dekat Ramallah, menurut kementerian kesihatan.

    Bagaimana pun, seorang pegawai Palestin berkata kematian Afana dikaitkan dengan tembakan daripada militan Palestin dan bukannya tentera Israel. – AFP

    Jenazah Yazan Afana, 26, yang maut selepas ditembak tentera Israel, semasa perarakan pengebumiannya, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...