Sunday, January 26, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua penerbangan AS tak mahu terlibat

    NEW YORK, 21 Jun – Dua syarikat penerbangan terbesar Amerika Syarikat kelmarin berkata mereka menyeru pentadbiran Amerika Syarikat (AS) untuk tidak menggunakan kapal terbang syarikat itu untuk memindahkan kanak-kanak yang dipisahkan daripada keluarga mereka di bawah dasar imigresen pentadbiran Trump.

    Berdepan bantahan keras awam, Donald Trump kelmarin menandatangani langkah eksekutif, menamatkan dasar pentadbiran yang memisahkan kanak-kanak dengan ibu bapa mereka yang dituduh merentas sempadan AS secara tidak sah.

    American Airlines berkata mereka tidak mengetahui bahawa kapal terbang tersebut digunakan untuk dasar imigresen Trump yang digelar sebagai ‘toleransi sifar’ tetapi pihak kerajaan belum memberitahu maklumat mengenai para penumpang.

    “Kami tidak ada keinginan untuk berkerjasama dengan pemisahan ahli keluarga, atau lebih buruk lagi, mengaut keuntungan daripada itu,” menurut pihak American Airlines.

    “Kami menjangkakan kerajaan akan menturuti permintaan kami dan kami berterima kasih kepada mereka kerana berbuat demikian.”

    Sementara itu, United Airlines juga mengeluarkan kenyataan yang sama daripada ketua eksekutif, Oscar Munoz, mengambil maklum laporan bahawa pesawat komersial telah digunakan untuk dasar tersebut dan menurutnya, ia tidak tahu tindakan itu dilakukan dengan menggunakan pesawat-pesawatnya.

    “Syarikat kami berkongsi cadangan untuk menyatupadukan semua orang di dunia,” menurut Munoz. “Polisi tersebut dan impak terhadap beribu-ribu kanak-kanak yang kini berdepan konflik dan kami tidak mahu sebahagian daripadanya.”

    Syarikat penerbangan ketiga, Frontier Airlines juga mengelak daripada dasar tersebut dan berkata mereka berbangga dikenali sebagai syarikat penerbangan yang mesra keluarga dan tidak akan berkerjasama dengan pemisahan ahli keluarga.

    Kelmarin, Trump mengumumkan bahawa dia akan menandatangani arahan eksekutif untuk memastikan keluarga pendatang tetap bersama di sempadan dengan Mexico. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda