Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Dua pengadil negara berlepas ke Indonesia

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JUN – Pengadil elit bola sepak Brunei Darussalam, Abdul Hakim bin Mohd Haidi dan penolong pengadil elit bola sepak, Faisal bin Ali dilantik oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) untuk mengambil bahagian dalam tugas pengadil perlawanan peringkat kumpulan Piala AFC di Denpasar, Indonesia, bermula 24 Jun ini, telah berlepas ke negara berkenaan pada hari ini.

    Hadir di Lapang Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada kedua-dua pengadil berkenaan ialah ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Brunei Darussalam (FABD), Pengiran Haji Aliudin bin Pengiran Haji Tajudin dan Awang Bujang bin Haji Japar, manakala dari Persatuan Pengadil Bolasepak Brunei Darussalam (PPNBD), Presiden persatuan tersebut, Haji Hamidon bin Haji Mohd Zin.

    Sementara itu, pegawai perlawanan antarabangsa yang diiktiraf akan me-nyertai pasukan untuk mengadili perlawanan kumpulan D antara pasukan tuan rumah, Bali United, KayaIloilo dari Filipina, Kedah Darul Aman dari Malaysia dan Visakha FC dari Kemboja.

    Perlawanan-perlawanan yang akan dilangsungkan di Stadium Kapten I Wayan Dipta di Gianyar berkenaan, akan meningkatkan pencapaian kedua-dua pengadil negara sekali gus meneruskan kemajuan mereka bagi mewakili negara di peringkat benua.

    Perlawanan kumpulan F akan berlangsung pada 24 Jun ini, akan menyaksikan Kaya Iloilo menentang Visakha FC, manakala Bali United akan bertembung dengan Kedah Darul Aman dalam sepak mula pada hari yang sama.

    Kesemua pasukan mengintai untuk merebut tempat dalam perlawanan separuh akhir bagi Zon ASEAN, di mana perlawanan tersebut akan berlangsung pada 27 Jun ini sebelum menamatkan kempen mereka pada penghujung Jun nanti.

    Pelantikan Abdul Hakim yang terkini sebagai pengadil perlawanan adalah semasa Piala AFC kumpulan G antara kelab Maziya dan ATK Mohun Bagan di Kolkata, India, pada 24 Mei lalu.

    Pengadil negara berkenaan juga mengambil bahagian dalam tugas-tugas mengadili perlawanan Kejohanan Persekutuan Bolasepak Asia (AFF) Bawah 23 Tahun di Phnom Penh, Kemboja pada Februari lalu.

    Dua pengadil berkenaan berjaya menyertai dalam perlawanan kelab Asia pada Jun lalu ketika Abdul Hakim dilantik sebagai pengadil, manakala Faisal pula memegang jawatan sebagai penolong pengadil semasa perlawanan kumpulan J antara Athletic 220 dan Eastern di Stadium Hong Kong, Hong Kong.

    Pengiran Haji Aliudin, Awang Bujang, Haji Hamidon, Abdul Hakim dan Faisal semasa sesi bergambar ramai di ruang legar Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sebelum pengadil negara berkenan berlepas ke Indonesia. – Gambar serahan FABD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...