Dua penumpang kapal positif virus

SYDNEY, 21 FEB – Dua rakyat Australia yang menaiki Kapal Persiaran Diamond Princess disahkan positif ujian koronavirus (COVID-19).

Perkembangan terbaharu yang disahkan hari ini, mencetuskan pertikaikan pihak berkuasa tentang kelemahan polisi Jepun yang membenarkan mangsa pulang selepas ujian dilakukan menunjukkan negatif dari virus berkenaan.

Pemangku Ketua Pegawai Kesihatan Wilayah Utara, Dianne Stephens berkata dua rakyat mereka postif dan mengalami gejala penyakit ringan.

Enam lagi rakyat Australia menjalani semula ujian berkenaan dan dua daripada mereka iaitu seorang warga emas dan pemuda disahkan positif.

Ketua Pegawai Perubatan Australia Professor Brendan Murphy berkata, orang awam tidak perlu bimbang dengan perkembangan terbaharu itu.

“Saya memberi jaminan kepada masyarakat dua kes ini adalah pertama buat masa ini.

“Kami ditugaskan untuk menguruskan mereka dengan sebaik mungkin,” katanya. – AFP