Sunday, November 27, 2022
22 C
Brunei

-

Dua penyeludup barang tegahan didenda lebih $110,000

Oleh Fadley Faisal

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Mahkamah Majistret hari ini telah mengendalikan dua kes penyeludupan rokok dan vape serta minuman keras yang membawa jumlah keseluruhan denda sekitar $114,600.

Dalam perbicaraan tersebut, lelaki warga Malaysia berusia 40 tahun, Wong Truck Wei yang memiliki 461 unit vape dan 53 unit aksesori vape secara seludup, telah diarahkan untuk membayar denda sebanyak $34,100 atau menjalani hukuman penjara 15 bulan jika gagal membayar.

Wong semasa kejadian, telah ditahan di Pos Kawalan Ujong Jalan, Daerah Temburong pada 28 September jam 1:50 petang.

Sementara itu, seorang lagi lelaki penduduk tetap berusia 46 tahun, Fam Siew Liang yang memiliki 76 karton dan 123 paket rokok, bersama 58 botol minuman keras, telah diperintahkan untuk menjelaskan denda berjumlah $80,500 atau penjara 25 bulan jika gagal membayarnya.

Fam ditahan di sebuah rumah di Jalan Mumong, Kampung Kuala Balai, Kuala Belait pada 11 Ogos jam 5:47 petang.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -