Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Dua penyokong England ditahan

    BERLIN, 8 JUN – Dua penyokong bola sepak England ditahan sebelum perlawanan Liga Negara-Negara antara England dan Jerman berlangsung kelmarin, kerana melakukan perbuatan yang diharamkan di negara tersebut, menurut laporan tempatan.

    SebelAum sepak mula, dua penyokong England telah dilaporkan ditahan di ibu kota Munich kerana telah memberikan tabik Nazi, iaitu perbuatan yang diharamkan di Jerman.

    Selain itu, perkhidmatan bomba Munich dikejarkan ke sebuah hotel di tengah bandar tersebut selepas menerima panggilan mengenai penyokong England yang menyalakan api daripada tingkap bilik hotel tersebut, di mana asap berkenaan merebak ke seluruh bangunan, sekali gus menyebabkan penggera asap berbunyi.

    Sementara itu, pihak polis juga menerima dua panggilan mengenai kekecohan di sebuah kedai terkenal oleh sekumpulan penyokong England berjumlah kira-kira 300 orang yang telah mengganggu ketenteraman di kedai berkenaan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...