Dua perompak emas ditembak mati

BUKAVU, DR CONGO, 22 NOV – Empat lelaki bersenjata merompak dua peniaga emas di timur DR Congo, membunuh dua tentera ketika mereka melarikan diri, sementara dua daripada perompak ditembak mati, kata datuk bandar Kamituga hari ini.

Perompak melarikan diri dengan ‘sejumlah besar wang’ dalam rompakan semalam, beritahu Alexandre Bundya kepada AFP, menambah penduduk menyertai tentera dalam insiden kejar-mengejar itu.

Dua perompak masih bebas hari ini, dan rampasan mereka belum ditemui, kata datuk bandar ketika dihubungi menerusi telefon dari ibu negeri Kivu Selatan Bukavu. – AFP