Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Dua pesawat tentera AS berlanggar

    DALLAS, 13 NOV – Dua pesawat bersejarah tentera bertembung dan terhempas semalam semasa pertunjukan udara Dallas, kata pegawai persekutuan, menyebabkan kepulan asap hitam naik ke langit.

    Tidak jelas berapa ramai orang di dalam pesawat itu atau sama ada sesiapa di darat cedera.

    Kru kecemasan bergegas ke tempat kejadian di Lapangan Terbang Eksekutif Dallas, kira-kira 16 kilometer dari pusat bandar. Boeing B-17 Flying Fortress dan Bell P-63 Kingcobra bertembung dan terhempas sekitar jam 1:20 tengah hari, kata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dalam satu kenyataan.

    Pelanggaran itu berlaku semasa pertunjukan Commemorative Air Force Wings Over Dallas.

    Beberapa video yang disiarkan di Twitter menunjukkan pesawat pejuang itu kelihatan bertembung dengan pesawat pengebom, menyebabkan kedua-duanya segera terhempas ke tanah dan mencetuskan bola api dan asap yang besar. – AP

    Gambar serahan Fotografi Nathaniel Ross menunjukkan pesawat tentera terhempas selepas berlanggar dengan sebuah kapal terbang lain semasa pertunjukan udara di Lapangan Terbang Eksekutif Dallas pada 12 November. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...