Sunday, October 2, 2022
24.1 C
Brunei

Dua peserta Brunei bertanding di musabaqah antarabangsa

-

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 SEPT – Dua pelajar selamat berlepas meninggalkan Negara Brunei Darussalam pagi tadi, bagi menyertai pertandingan Musabaqah Antarabangsa Al-Malik Abdul Aziz bagi Menghafaz, Membaca dan Mentafsir Al-Quran kali ke-42 di Mekah Al-Mukarramah.

Dua peserta berkenaan ialah Awang Muhammad Hisyamuddin bin Haji Mahadini, Mahasiswa Tahun 4, Fakulti Tahfiz Qiraat, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA); dan Awang Ahmad Hamizan bin Haji Laidin, Penuntut Diploma Aliyah Qiraat Tahun 1, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hasanal Bolkiah.

Awang Muhammad Hisyamuddin akan bertanding bagi kategori menghafaz 30 Juzuk Al-Quran manakala Awang Ahmad Hamizan bertanding bagi 15 Juzuk Al-Quran. Musabaqah itu akan berlangsung selama 12 hari, bermula 10 hingga 21 September.

Awang Muhammad Hisyamuddin dan Awang Ahmad Hamizan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sebelum berlepas ke Mekah Al-Mukarramah. – Gambar serahan KHEU
Artikel sebelum iniBincang kemajuan, peranan belia
Artikel seterusnyaJaga adab senda gurau
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

ISLAMABAD, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman nekad di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan,...
- Advertisment -