Dua polis, suspek mati ditembak

MCALLEN, TEXAS, 12 JULAI – Dua pegawai polis ditembak mati semalam oleh seorang suspek yang menembak dirinya selepas itu di bandar sempadan Texas Selatan selepas bertindak balas terhadap satu panggilan gangguan domestik, kata pihak berkuasa.

Ketua Polis McAllen, Victor Rodriguez mengenal pasti pegawai terbunuh sebagai Edelmiro Garza, 45, dan Ismael Chavez, 39. Garza ialah seorang pegawai di jabatan polis lebih daripada lapan tahun sementara Chavez mempunyai pengalaman lebih dua tahun.

“Kami telah kehilangan dua kakitangan awam berani yang hanya ingin menjaga keamanan di bandar kami,” beritahu Rodriguez kepada The Monitor.

Pegawai itu pertama bertemu dengan dua orang yang melaporkan serangan berlaku di sebuah rumah berhampiran di kawasan McAllen pada kira-kira 3:30 petang semalam, kata Rodriguez. Namun penembak itu, yang dikenal pasti oleh polis sebagai Audon Ignacio Camarillo, 23 tahun, melepaskan tembakan apabila pegawai cuba memasuki rumah.

Camarillo menembak dirinya sendiri selepas melepaskan tembakan pada pegawai, kata Rodriguez, menambah suspek bersembunyi di belakang sebuah kenderaan selepas pegawai lain campur tangan.

Butir lanjut mengenai gangguan domestik yang dikendali oleh Garza dan Chavez masih tidak diketahui. Rodriguez berkata serangan berlaku mendadak dan rakan polis tidak tahu mengenai kematian pegawai sehingga tiba di kawasan itu tidak lama kemudian. – AP

Pegawai polis McAllen menyiasat kejadian tembakan yang membunuh dua rakan pegawai selepas mereka bertindak balas terhadap satu panggilan gangguan pada 11 Julai 2020 di McAllen, Texas. – AP