Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua produk didapati tercemar

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MAC – Satu produk kesihatan dan satu produk kosmetik didapati telah dicemari dengan bahan terlarang yang tidak diisytiharkan hasil ujian makmal Bahagian Farmasi, Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya hari ini produk kesihatan tersebut iaitu Hickel Mass & Strength Sachet yang dikilangkan oleh Symposium Healthtech Ltd, UK telah dicemari dengan tadalafil.

    Manakala produk kosmetik iaitu Erase Whitening Lotion SPF 50 yang dikilangkan oleh F & H Ent South Kuala Lumpur, dicemari dengan tretinoin.

    Menurut kementerian, bahan pencemar dalam produk itu boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat yang membahayakan kesihatan.

    Tambah kenyataan itu lagi, Surat Pengakuan Notifikasi bagi produk kosmetik yang dinyatakan telah ditarik balik oleh Kementerian Kesihatan.

    Berikutan dapatan ini, produk-produk tersenarai di atas adalah dilarang untuk diimport dan dijual di Negara Brunei Darussalam.

    Kementerian Kesihatan juga memohon kerjasama dari orang ramai untuk melaporkan kepada Bahagian Komplians dan Perlesenan jika mendapati produk-produk berkenaan masih dipasarkan di negara ini.

    Untuk maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Bahagian Komplians dan Perlesenan melalui talian telefon 2393298 sambungan 208; menghantar e-mel ke pharmacy.enforcement@moh.gov.bn atau berjumpa terus pegawai Komplians dan Perlesenan di Bangunan Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kampung Madaras, Mukim Gadong A; atau hubungi Talian Darussalam 123.

    ATAS dan KANAN: Erase Whitening Lotion SPF 50 dan Hickel Mass & Strength Sachet.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda