Dua pusat hiburan di Labuan diserbu

LABUAN, 13 SEPT – Dua buah pusat hiburan di sini diserbu pada Khamis malam kerana disyaki mencuri bekalan elektrik.

Premis itu didakwa mengusik meter bekalan elektrik, mengakibatkan bacaan meter tidak tepat. Serbuan diketuai Timbalan Pengarah Suruhanjaya Tenaga (Perancangan dan Penyelarasan Penguatkuasaan) Ir. Shafei Mohamed yang diadakan bersama-sama dengan Sabah Electricity Sdn Bhd. – Bernama