Monday, October 7, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua qari negara selamat tiba di tanah air

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt – Dua qari negara yang menyertai Musabaqah Antarabangsa Al-Malik Abdul Aziz bagi Menghafaz, Membaca dan Mentafsir Al-Quran ke-39 yang diadakan di Tanah Suci Mekah pada 7 hingga 11 Oktober selamat tiba di tanah air hari ini.

    Awang Muhammad Hazri bin Haji Mohd Hamzani dan Awang Abdul Aziz bin Haji Noor Nasran bersama pengurus dan jurulatih mereka Awang Adi Nuriman bin Pengarah Haji Abdullah dari Bahagian Kemajuan Syiar Islam disambut oleh Ketua Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Haji Madzneh bin Haji Mohd Noor di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

    Awang Muhammad Hazri merupakan siswa Diploma ‘Aliah Qiraat Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) yang menyertai Kategori 30 Juzuk Al-Quran dan berjaya menduduki tempat ke-27 daripada 34 orang peserta.

    Kedua-dua qari bersama pengurus dan jurulatih mereka ketika tiba di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

    Manakala Awang Abdul Aziz juga penuntut ITQSHHB menyertai Kategori 15 Juzuk Al-Quran dan berjaya menduduki tempat ke sembilan daripada 23 orang peserta.

    Awang Abdul Aziz ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, berkata walaupun tidak berjaya menduduki di tempat ketiga teratas, beliau amat gembira kerana berjaya menduduki tempat kesembilan daripada 23 orang peserta.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda