Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Dua remaja ditahan, terlibat insiden penahanan tebusan

    LONDON, 17 JAN – Dua remaja di United Kingdom telah ditahan bagi membantu siasatan dalam insiden empat orang dijadikan tebusan di rumah ibadat orang Yahudi Congregation Beth Israel yang terletak di Colleyville, Texas, Amerika Syarikat (AS) lapor Sputnik, menurut polis Britain.

    “Sebagai sebahagian daripada siasatan yang sedang dijalankan terhadap serangan yang berlaku di Sinagog di Texas pada 15 Januari 2022, Pegawai dari Pasukan Anti Keganasan North West membuat dua tangkapan berhubung kejadian itu,” kata Polis Greater Manchester dalam satu kenyataan.

    Menurut kenyataan itu, yang disiarkan di laman sosial Twitter kelmarin, polis Britain bekerjasama dengan penyiasat di AS.

    “Dua remaja ditahan di Manchester Selatan petang ini. Mereka masih ditahan untuk disoal siasat,” kata Polis Greater Manchester.

    Pada Ahad, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) AS mengenal pasti lelaki yang menjadikan seorang rabbi dan tiga lagi jemaah di rumah ibadat itu sebagai tebusan pada Sabtu sebagai warga Britain, Malik Faisal Akram, 44 tahun. Agensi itu berkata tiada tanda menunjukkan pihak lain terlibat.

    Presiden AS Joe Biden menyifatkan situasi tebusan itu sebagai “tindakan keganasan”.

    Media AS Sabtu lalu melaporkan bahawa penahan tebusan itu mendakwa dirinya sebagai abang kepada pengganas yang disabitkan Aafia Siddiqui, seorang wanita Pakistan yang didakwa mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda dan kini menjalani hukuman penjara 86 tahun kerana cuba membunuh anggota tentera AS di Afghanistan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...