Dua remaja hilang ditemui

SYDNEY, 18 OKT – Dua orang mangsa berjaya terselamat selepas beberapa hari tanpa air di kawasan pedalaman yang panas di Australia, menurut kenyataan polis hari ini, sekali gus menamatkan usaha menyelamat udara dan darat yang dijalankan selama lima hari.

Shaun Emitja, 20, dan Mahesh Patrick, 14, dilaporkan hilang pada Selasa di kawasan Harts Range di tengah Australia.

Mereka gagal untuk kembali ke komuniti pendalaman Hermannsburg selepas melakukan riadah pada hujung minggu. Selepas kenderaan mereka ditemui terbiar dan diliputi dengan kesan tanah, menurut sumber polis yang menggunakan helikopter dan pakar jejak.

Kedua-dua mereka dikhuatiri berada dalam bahaya disebabkan kekurangan air dan suhu melampau di kawasan tersebut yang melebihi 40 darjah Celsius. – AFP