Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Dua remaja maut, 18 cedera ditembak

    PITTSBURGH, 18 APRIL – Tembakan yang dilepaskan pada satu majlis keramaian di sebuah rumah sewa Pittsburgh awal semalam membunuh dua remaja berusia 17 tahun dan mencederakan sekurang-kurangnya lapan orang lain, kata polis.

    Ratusan orang – kebanyakan mereka budak di bawah umur – telah berkumpul di bangunan sewa apabila satu pertengkaran berlaku dan tembakan dilepaskan pada pukul 12:30 pagi, kata ketua polis Pittsburgh, Scott Schubert pada sidang media tengah hari ini.

    Schubert percaya terdapat tembakan di dalam dan luar rumah sewa itu, ‘dan kemungkinan berkali-kali.’ Selongsong peluru ditemui di tempat kejadian menandakan senapang patah digunakan, katanya, dan polis percaya terdapat beberapa penembak.

    Dua mangsa tembakan lelaki meninggal dunia di hospital. Pejabat Pemeriksa Perubatan Daerah Allegheny mengenal pasti mereka sebagai Jaiden Brown dan Mathew Steffy-Ross, kedua-duanya berusia 17 tahun.

    Lapan orang juga menerima rawatan luka tembakan, dan yang lain cedera ketika cuba melarikan diri, kata Schubert, termasuk dua yang patah tulang selepas melompat dari tingkap. Seorang mangsa cedera selepas sebuah kereta ‘ditembak,’ kata Schubert.

    ShotSpotter berkata lebih daripada 90 peluru ditembak, dan Schubert berkata ‘kami tahu ia adalah lebih daripada itu di dalam dan luar bangunan.’ Polis sedang memproses bukti di lapan tempat kejadian berdekatan rumah sewa itu. Pegawai mendapati pemandangan ‘amat kelam-kabut’ dengan mangsa cedera dan pegawai perubatan memberikan rawatan kepada mereka di jalan raya. – AP

    Kelihatan darah dan serpihan kaca di laluan jalan kaki di luar bangunan sewa di mana satu kejadian tembakan berlaku semasa parti di Pittsburgh pagi kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...