Dua renjer maut dibunuh militia

BUKAVU, DR CONGO, 18 SEPT – Dua orang renjer terbunuh di Taman Hidupan Liar Okapi yang terkenal di DR Congo, Tapak Warisan Dunia UNESCO, oleh kumpulan militia, kata pegawai pemuliharaan hari ini.

Serangan semalam di wilayah bergolak Ituri dilakukan oleh Mai-Mai, kumpulan sukarelawan yang melindungi komuniti tempatan, kata Cosma Wilunga, ketua Institut Pemuliharaan Alam Congo.

“Dua renjer terbunuh dalam serangan mengejutkan oleh Mai-Mai di hutan simpanan tetapi motif masih tidak jelas buat masa ini,” beritahunya kepada AFP.

“Tentera berada tidak jauh dari tempat itu dan mereka datang untuk menyelamatkan renjer.” – AFP